Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) adalah julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bermula dengan segmen Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 serta Jualan Mega pada 4 hingga 6 Disember 2020. Kesinambungan daripada KUD@KPLB Putrajaya 2019 telah mencetuskan idea untuk meneroka platform dalam talian berikutan potensi pasaran yang wujud pada ketika itu. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah menjadikan program berbentuk digital ini satu keperluan mustahak dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.
Kesinambungan yang telah diumumkan semasa penutup program KUD@KPLB 2019.
Sebagai kaedah pemasaran norma baharu
Bersesuaian dengan inisiatif Kerajaan supaya usahawan beralih kepada perniagaan digital.
Membantu usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Nak cari produk berkualiti dengan harga berpatutan? Mari-mari semua, jangan malu, jangan segan. Dapatkan
pelbagai produk dari para usahawan luar bandar di sini. Jangan lupa promocode tau. Diskaun hebat menanti
anda!
Berminat memasarkan produk sebagai usahawan?
Anda mahu meluaskan lagi pasaran produk anda? Peluang untuk mempromosikan produk kepada trade buyers tempatan serta antarabangsa secara maya. Jangan ketinggalan padanan perniagaan disusun khusus antara usahawan dengan pihak hypermarket dalam negara dan juga platform e-dagang luar negara semasa eKUD@KPLB 2020 ini.
Mahu bertanya tapi segan bila bersua muka? Kali ini anda akan dapat bertanya dan berinteraksi secara virtual dengan pempamer dari pelbagai Agensi Kerajaan ataupun Sektor Korporat. Pengalaman yang pasti membuat anda teruja untuk datang lagi!
Kemeriahan Digital bermulanya di sini. Jom kita sertai dan saksikan pelbagai aktiviti menarik secara
langsung ataupun rakaman. Bergelak ketawa dengan celoteh Chef Zam atau bersama rakan menonton gelagat lembu
sado secara digital dari Terengganu!
Para usahawan pula, ikuti perkongsian oleh Najib Assadok dan pelbagai program penuh dengan input berguna
seperti Webinar serta Talk Show Keusahawanan
Muat turun jadual auditorium di sini